Home

Perkhidmatan Makmal

‘Flasking’ Bijibenih Orkid

Bagaimana menghantar pod bijibenih : Kami perlu pod hijau. Bungkus pod dalam kertas tisu (jangan dalam bag plastik atau bahan yang sama. Keadaan lembap akan menyebabkan kontaminasi). Sertakan nama atau nombor pengenalan untuk setiap pod bijibenih. Jika boleh beri nama jenis orkid. Untuk penghantaran letakkan pod bijibenih yang telah dibalut kedalam sampul berpad atau kotak. Poskan pada awal minggu bukan di hujung minggu melalui Poslaju atau perkhidmatan penghantaran lain. Penerimaan bungkusan akan dimaklumkan .

Peringkat 1: ‘Flask’ Induk

Bayaran Perkhidmatan
RM25.00 / pod hijau (Sila hantar bayaran bersama pod bijibenih.)

Purata tiga ‘flask’ induk’ akan disemai dari satu pod bijibenih hijau. Kita tidak menjamin kejayaan ‘flasking’. Bijibenih mungkin tidak bercambah atau percambahan hanya menghasilkan sedikit anak benih (plantlet).

Peringkat 2: Memflask semula

Pada peringkat ini anda perlu menentukan berapa ‘flask’ yang diperlukan. Setiap ‘flask’ yang mengandungi 10-15 anakbenih akan dihantar sedia untuk dimasukkan ke pasu komuniti atau pasu ‘thumb’. Pesanan minimum ialah 5 ‘flask’ setiap kacukan/spesies.

Bayaran ‘Flasking’

5 ………………RM18.00 / flask
6-10 ………………RM15.00 / flask
>10 …………………RM12.00 / flask

Harga ‘flask’ ……………..RM5.00 / flask (RM2.00 untuk ‘flask’ yang dipulangkan)

Anggaran masa diambil untuk ‘flasking’ pod hijau ialah 12-18 bulan.

Terima kasih atas minat anda. Semoga kami akan dapat memberi perkhidmatan yang memuaskan di masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut sila menghubungi kami di makmal.